-PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA- "Selamat datang ke http://tangsihantu.blogspot.com/"......."Blog berkaitan dunia tangsi yang menipu"---------"Amalkan etika memancing yang baik, amalkan kaedah tangkap-lepas"

Pelawat DIDAHULUKAN, Rakan DIUTAMAKAN

“Semoga anda mendapat sesuatu yang berguna di sini...........Terima kasih Followers dan Pelawat semua........ SELAMAT MEMANCING..”

Isnin, 21 November 2011

Lepas Gian

Salam untuk semua.
Kali ini sempat juga pergi mancing dengan beberapa member. Nak naik bot, rosak. Mancing dari tepi sungai je. Puas tunggu... paling banyak dapat sesirat. Lepas sekor, sekor naik. Haiwan ni memang tak best. Kalau dia makan pancing alamat ikat mata kail baru le jawabnya. Orang kata telan sampai perut. Dah le tu, dia gumpal tali jadi kerinting. Rosak terus tali.. emm..

Musuh ketat.. boleh makan ke spesies ni. 
Takut aku nak test


Antara ikan yang kami dapat pancing. 
Jangan caya sangat gambar ni. 
Aku zoom. Saiz dia  tiga jari je. 
Eksyen je lebih.




Cuba korang tengok spesies kat atas tu. Ada dua tangan macam sepit ketam. Hujung ekor dia macam kala jengking.... tapi dah tercabut. Jumpa dalam lubang kat tepi sungai. Gang aku jumpa masa air surut. Nak wat umpan takut. Nak pegang lagi le takut kena sengat.... asyik angkat ekor je... sebijik macam kala jengking. Takut oo.. Lastly.. kitorang biar je haiwan ni melepaskan diri. Korang tau ke nama benda ni?

Abe Din
Read more >>

Badai Tengkujuh

Salam untuk semua pengunjung dan pelawat.
Beberapa hari lepas sempat sarapan pagi di Kuala Kerteh. Air sungai sedang surut. Laut mula bergelora. Masa sebegini selalunya diambil kesempatan oleh nelayan tempatan untuk melabuh bot di tepi sungai bagi tujuan membaiki kerosakan-kerosakan kecil. Apabila ombak dah teduh, mereka akan beramai-ramai menuju ke laut.

Bot Nelayan untuk Dibaiki

Sungai Kerteh yang Mengalir Lesu.

Niat hati nak memancing... tengok air tak berapa menarik, kena tunda le jawabnya. Orang pantai kata, udang galah sedang galak di hulu. Teringin nak pergi... enjin bot pula rosak. Emm.. nasib badan.
Read more >>

Jumaat, 29 Julai 2011

Pancing Kolam

Salam semua pelawat dan followers yang disayangi... Fuhhh.. jiwang le pulak. Hari ni nak cerita lagi tentang pancing kolam. Kolam yang dimaksudkan terletak di Bukit Mentok, Chukai, Kemaman. Memancing sejam kena bayar RM10... kalau dua jam RM30. Kalau 3 jam... darab sendiri le..

Pelik le.. bila pula aku suka mancing kat kolam ni. Pernah juga dulu ajak seorang kawan. Dia tak mboh... kata nya mancing kolam tak best.. buat apa tangkap ikan yang dah kena tangkap... betul juga... dah tu kenapa aku gi jugak mancing kat kolam. Sapa le manusia yang racun aku nih..

Hok angkat ikan tu sekor pun tak dapat.. eksyen je..
Abe Din punya 2 ekor... yang lain kepunyaan orang belakang


Teknik bottom je.. sekor pun tak dapat.
Hampehh.. wat habis duit je..

Haaaa.. hok ni.. aku punya. 
Sapa amik memang nak kena sepak


Aksi mereka yang belum dapat ikan


Lagi aksi mereka yang tak dapat ikan
Frust Oooo... aku rasa dah sekali..

Ikan kat sini memang ngada... aku beli udang sampai RM10.. sikit pun dia tak sentuh. Last-last ikan selayang yang aku jumpa atas tanah yang dia makan. Jumpa kepala selayang bulih sekor lagi siakap. Dua kali lepas... ni yang aku frust kalau cerita lepas-lepas... ada seorang manusia tu dia lintang tali atas tali pancing aku.. masa aku kena ikan besar... tali berpintal... ikan lepas. Aku tengok manusia tu.. macam nak buat umpan je...

Walau gane pun kira Ok le jugak... baru second time datang sini ... nyaris jadi juara. Takbur le tu..memang pun. Ok... aku nak tidur.. esok tak keja... tapi nak tido gak... ngantuk tau tak?.. Bye.
Abe Din.
Read more >>

Mari Memancing

Salam untuk semua pelawat tangsihantu.blogspot. Lama tak update blog.... rasa gatal tangan le pulak. Kali ni nak cerita tentang hobi memancing atau mancing atau ngail atau apa saja panggilan yang korang guna. Memang tidak dinafikan, ramai yang terlibat dengan hobi memancing ini adalah hasil asuhan semasa kecil. 

Kanak-kanak belajar memancing dari pemerhatian perilaku orang yang lebih tua. Apabila dewasa, hobi ini semakin subur berkembang. Terdapat juga diantara individu yang mengenali dan meminati hobi memancing ketika dewasa. Walaupun begitu, paratusnya sangat sedikit.

Dua orang awekz sedang bergambar dengan seekor keli
(Sekadar gambar hiasan)

Bakal pemimpin masa depan dalam bidang mancing...he..he
(Gambar hiasan juga)

Kalau korang betul-betul minat mancing... korang kena le belajar sedikit sebanyak ilmu memancing. Baru le terserlah minat korang. Kata minat mancing... ikat mata kail tak tau... pasang umpan tak pandai... dapat ikan.. tak tau nak cabut mata kail. Dah apa korang tau ?.... makanggg je...

Sekarang... orang pompuan pun dah minat memancing. Di Malaysia dah ada tokeh kedai pancing milik kaum hawa. Tok guru pertama Abe Din dalam bab mancing ni... orang pompuan..(arwah nenek). Jangan wat malu orang lelaki. Patut ke.. kalau cacing pun tak kenal ?... alamat nak kena penyepak le tu.

Apapun... kalau dah minat tu... tunjuk le minat anda... jangan sekadar ikut orang je. Jumpa lagi.
Abe Din
Read more >>

Ahad, 12 Jun 2011

Lawatan Tapak

Datang kembali berziarah ke kawasan yang menyimpan seribu kenangan lebih kurang 3 tahun lepas. Masih tak berubah. masih ganas dengan ikan-ikan. Cukup mendamaikan.

Damai dan menyenangkan


Siap sedia untuk bertempur di sebelah malam


Senjata (puaka joran.. kih..kih) sentiasa sedia menjalankan tugas.


Laluan keramat penuh nostalgia


Pembuka cerita.. kerapu karang
Dapat lebih kurang 15 ekor pada sebelah petang


Sesi lawatan tamat dengan 1 siakap merah, 2 anak gerpoh, 1 jenahak dan beberapa kerapu karang. Gambar memang tak sempat nak ambil... sibuk layan ikan. Lokasi ini sudah cukup memberikan gambaran tentang penghuni yang mendiaminya.

Trip yang lebih terancang akan menyusul..
Abe Din
Read more >>

Khamis, 9 Jun 2011

Simpang 3

Memancing Ikan Di Sungai Kerteh
Lokasi memancing di Sungai Kerteh. Lebih kurang 1 Km dari Muara Sungai Kerteh. Kami lebih mengenali lokasi ini sebagai "kawasan pasir". Bagi mereka yang biasa memancing di sini tentunya tahu port rahsia ini yang berdekatan dengan simpang 3 iaitu pertemuan antara Sungai Chabang, Sungai Kerteh dan Sungai Ranggon.

Post kali ini memuatkan dua gambar kiriman Cikgu Amir dan Kerteh. Ikan berjaya dipancing pada masa berlainan. Ikan Siakap putih dan Pari minyak. Maklumat berkaitan pancingan adalah seperti berikut:

 
Spesies : Siakap Putih
Jenis pancingan : Casting
Umpan : Udang dan manik merah
Perambut : Hantu 40lbs
Tali utama : Tali sulam 40lbs Ajiking soft
Kekili : Ajiking 4000 series, ratio 4.8.1
Rod : Expert supaer casting series 6 kaki



Spesies : Pari minyak
Jenis pancingan : Pancingan dasar
Umpan : Udang pasar
Perambut : Hantu 50lbs
Tali utama : Tali sulam 40lbs Tomman
Kekili : Abu Garcia 4000 series
Rod : Abu Garcia 9 kaki

Sehingga berjumpa lagi. Selamat memancing.
Abe Din
Read more >>

MengUdang Sg. Kerteh

Sekitar aktiviti mengUdang Di Sungai Kerteh Mac hingga April.

Ikan pepasir yang mencuri umpan

Galah yang dikategorikan sebagai "Bapak"


"Moster" ke dua yang berjaya ditangkap

Sungai Kerteh Mengalir Tenang


Menurun Bot Pada Trip Ke-2

Azizi Dengan Anak Udang
Read more >>

Sabtu, 30 April 2011

Tanda Baik

Salam sejahtera dan selamat datang kepada semua pengunjung laman tangsihantu. blogspot.com/

Dalam kesibukan memasang istana idaman, sempat juga Abe Din berjalan-jalan melihat pemancing memancing di tebing sungai Kerteh. Ada beberapa peristiwa yang Abe Din rakamkan di sini untuk dikongsi bersama anda.

Pertama ialah kerenah makhluk di bawah yang lebih dikenali sebagai cicak pasir atau mengkarung (sekali tengok macam tokek... kalau betul memang kaya le jawabnya). Mengkarung berkenaan sedang sibuk menangkap lalat-lalat yang menghurung sisa-sisa umpan yang ditinggalkan pemancing sebelum ini. Apa yang menariknya, si mengkarung ini sedikitpun tidak merasa takut dengan manusia. Si karung menerkam dan mengejar lalat hingga hampir berlaga dengan punggung seorang pemancing.

Apabila dihampiri, ia mengelak sedikit dan kemudian akan datang semula. Seekor lagi rakannya yang lebih besar agak penakut sedikit. Bila dikejutkan... terus lari jauh. Aksi mengkarung ini cukup manarik perhatian Abe Din hinggakan rasa teringin untuk mengabadikan gelagatnya di dalam blog ini.


Berdekatan Si Karung mencari makan kelihatan beberapa pemancing dari Kemaman yang datang mencuba nasib di Sungai Kerteh. Salah seorang dari mereka memancing di kawasan berdekatan tebing yang bereba. Seketika kemudian, joran ditarik kuat... mungkin tiada rezeki... ikan berjaya melepaskan diri. Dari pemerhatian Abe Din, ikan berkenaan berkemungkinan ikan siakap merah.

Siakap merah ialah ikan yang suka melakukan serang hendap di kawasan reba kayu. Jika air pasang atau mula surut, ikan siakap merah suka mencari makanan dari kawasan tengah ke kawasan tepi terutamanya kawasan yang terdapat reba atau struktur perlindungan. Jika terdapat makanan, ia akan meluru dan menarik semula ke tengah sungai. Keadaan ini menyebabkan pemancing yang kurang sedia akan rasa terkejut.
 

Pancingan berikutnya, kerap menunjukkan tanda bahawa joran ditarik oleh ikan bersaiz kecil. Apabila joran diangkat, seekor kerapu minyak terkulai di hujung joran. Sudah rezeki katakan...

Sebaik sahaja proses mengapungkan sangkar di lokasi tamat, Abe Din meninggalkan kumpulan pemancing dari kemaman berkenaan. Semoga ahli-ahli trip berkenaan terbaca post kali ini.
Abe Din
Read more >>

Istana Hinggap 3

Salam sejahtera dan selamat datang kepada semua pengunjung laman tangsihantu. blogspot.com/ Pada kesempatan ini, Abe Din ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelawat yang sudi melawat blog kecil dan tidak seberapa ini.

Pada kali ini, Abe Din masih lagi akan bercerita tentang Istana Hinggap yang dicadangkan pembinaannya di sungai Kerteh. Banyak sungguh rintangan menghalang usaha kami untuk mengapungkan Istana idaman. Jika Abe Din boleh, Mat pula sibuk. Jika Abe Din dan Mat boleh... anak buah pula ada kerja. Midi ok je... dia memang setia dengan sungai Kerteh tu. Kabo je bila... mesti jadi.

Harapan kami tertunda sehingga minggu yang ke-4. Walaupun semua sudah dirancang dengan teliti tetap juga tidak menjadi... mungkin disebabkan belum sampai masa yang sesuai. 

Dengan izin yang Maha berkuasa, dapat juga kami berkumpul untuk memasang dan mengapungkan istana kami buat kali pertama. Janji diatur pada pagi Sabtu bersamaan 30 April 2011.

Projek bermula pada pukul 8.30 am. Berkat kesabaran dan kerjasama semua, istana hinggap selesai diapung dan ditarik ke lokasi yang ditetapkan pada lebih kurang pukul 4.00 pm menggunakan bot fiber 10 kaki milik Abe Din..

Setakat ini kami semua sangat berpuas hati kerana Istana yang diidamkan telah berjaya ditempatkan di lokasinya seperti yang telah kami rancangkan.

Kerja-kerja penambahbaikan seperti pemasangan tiang, bumbung, dinding dan lantai akan disambung semula esok hari bermula pukul 8.30 am. Kami menjangkakan istana berkenaan dapat beroperasi sepenuhnya dalam 4 hingga 5 hari lagi.

Semoga esok akan lebih berjaya..
Abe Din
Read more >>

Jumaat, 1 April 2011

Istana Hinggap 2

Salam untuk pelawat tangsihantu.blogspot.com/
Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog yang tidak seberapa ini. Hari ini, Sabtu, Abe Din dan kekawan sekali lagi berkumpul bagi menyiapkan projek Istana Hinggap kami yang ditangguhkan semalam.

Nampaknya hari ni, aktiviti kami siap lebih awal iaitu kira-kira pukul 12 tgh. Semua kayu-kayu yang dipotong dan ditebuk telah ditanda bagi memudahkan proses memasang kelak. Kayu dibuka dan disusun di halaman rumah Abe Din dan dijangka akan diangkut ke tebing sungai pada hujung minggu hadapan. Itupun jika kami bertiga tidak bertugas.

Kayu yang dipotong dan ditanda siap disusun mengikut kumpulan


Tong dan zink sangkar lama yang akan diangkut sama.


Halaman rumah siap "clear" sebelum dibebel oleh isteri


Antara bahan sangkar yang akan diangkut ke sungai

Jika tiada aral yang melintang, minggu depan sangkar "Istana Hinggap" kami akan mula beroperasi. Hushh... dah tak sabar rasanya. Kalau ada rumah sangkar ni, tak perlu le memancing di tebing. Selalunya kalau lambat datang orang lain ambil tempat. Ada rumah sangkar sendiri... memang best dan memang berbaloi-baloi.

Ada beberapa tujuan pembinaan rumah sangkar ini. 
Pertama untuk memelihara ikan. Cadangannya tiga sangkar akan dibina dengan luas 20 X 20 kaki setiap satu. Anggaran ikan dalam setiap sangkar 1000 ekor siakap putih. Tempoh matang ikan 6 bulan. Harga jual paling komen RM10/kilo.

Kedua. Pusat rehat sementara menunggu ketam masuk bubu dan menunggu ikan mengena pukat. Sementara menunggu hasil, boleh lepak di rumah rakit. Makan-makan atau minum-minum dulu.

Ketiga. Tempat berehat dan menenangkan fikiran kami bertiga melepaskan penat bekerja seharian. Aku dan Mat memang akan jadi penunggu setia di lubuk selepas habis waktu kerja. Midi memang dah 24 jam dia kerja di sungai.

Keempat. Tujuan yang paling penting dan utama. Takde yang paling best lagi dah... ialah bagi memenuhi hobi gila kami iaitu memancing. Bila lagi kami nak rosakkan joran dan serek puaka kami kalau bukan di sini. Emmm... boleh gak ajak kawan-kawan sekerja datang memanaskan joran mereka di sini.

Akhir kata aku dengan merendah diri mengharapkan agar rumah rakit dan sangkar yang kami sama-sama reka ini akan mendapat keredhaan dari-Nya. Semoga rahmatnya datang mencurah-curah untuk kami mencari rezeki halal bagi dibawa pulang. Siapapun yang baca post ini... tolonglah le support kami. Doapun kira OK jugak.

Semoga berjumpa lagi. Kalau dah siap rumah rakit nanti.. Abe Din post dalam blog ini.
Thanks....
Abe Din.
Read more >>

Istana Hinggap

Salam sejahtera untuk semua pengunjung tangsihantu.blogspot.com/
Lama rasanya tidak update laman tangsihantu. Di Terengganu boleh kata hari-hari hujan. Siang dan malam hujan. Nak pergi mancing pun tak berapa sesuai. Air dah mula naik di beberapa daerah di Terengganu. Banjir lagi rupanya.

Pada jumaat 1 Mac 2011, Abe Din dan dua orang rakan, Mat dan Midi telah memulakan langkah awal membina rumah rakit idaman kami. Dijangkakan rumah rakit akan dilayarkan ke lokasi pilihan dalam bulan April ini.

 Midi sedang memilih kayu terbaik


 Rakan Abe Din sedang menggergaji dan menebuk kayu


 Dua rakan kongsi Abe Din yang cukup gigih


 Ini aje juadah yang ada di rumah Abe Din


 Rangka sangkar ikan yang sudah 50% siap

Kami memang positif dengan usaha ini. Perbincangan membina dan melukis pelan telah  dimulakan seawal  Januari 2011. Modal masih tidak mencukupi tetapi rasanya kami boleh usahakan. Apabila sangkar ini berjaya diapungkan, ia abakal menjadi lokasi utama kami memancing di sungai Kerteh. Sungai Kerteh yang menjadi lubuk dan laluan ikan mega tentunya tidak akan mengecewakan apabila "roadblock" sungai kami siap nanti.

Aktiviti kami dimulai pada pukul 9 am dan berhenti rehat sembahyangJumaat pada pukul 12 tgh. Sambung semula pukul 3 petang dan tamat pada pukul 6 petang. Memang letih gila... sakit semua urat saraf. Kami akan sambung semula Sabtu esok... tak sabar rasanya hendak lihat hasil akhir kami...


He... he... sabar... sabar
Abe Din

Read more >>

Isnin, 14 Februari 2011

Bot Fiber 12 kaki

Gambar bot selepas dibasuh serba sedikit.

Sila besarkan, double-clik pada imej untuk melihat permukaan bot dengan lebih dekat.



Read more >>