-PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA- "Selamat datang ke http://tangsihantu.blogspot.com/"......."Blog berkaitan dunia tangsi yang menipu"---------"Amalkan etika memancing yang baik, amalkan kaedah tangkap-lepas"

Pelawat DIDAHULUKAN, Rakan DIUTAMAKAN

“Semoga anda mendapat sesuatu yang berguna di sini...........Terima kasih Followers dan Pelawat semua........ SELAMAT MEMANCING..”

Sabtu, 30 April 2011

Tanda Baik

Salam sejahtera dan selamat datang kepada semua pengunjung laman tangsihantu. blogspot.com/

Dalam kesibukan memasang istana idaman, sempat juga Abe Din berjalan-jalan melihat pemancing memancing di tebing sungai Kerteh. Ada beberapa peristiwa yang Abe Din rakamkan di sini untuk dikongsi bersama anda.

Pertama ialah kerenah makhluk di bawah yang lebih dikenali sebagai cicak pasir atau mengkarung (sekali tengok macam tokek... kalau betul memang kaya le jawabnya). Mengkarung berkenaan sedang sibuk menangkap lalat-lalat yang menghurung sisa-sisa umpan yang ditinggalkan pemancing sebelum ini. Apa yang menariknya, si mengkarung ini sedikitpun tidak merasa takut dengan manusia. Si karung menerkam dan mengejar lalat hingga hampir berlaga dengan punggung seorang pemancing.

Apabila dihampiri, ia mengelak sedikit dan kemudian akan datang semula. Seekor lagi rakannya yang lebih besar agak penakut sedikit. Bila dikejutkan... terus lari jauh. Aksi mengkarung ini cukup manarik perhatian Abe Din hinggakan rasa teringin untuk mengabadikan gelagatnya di dalam blog ini.


Berdekatan Si Karung mencari makan kelihatan beberapa pemancing dari Kemaman yang datang mencuba nasib di Sungai Kerteh. Salah seorang dari mereka memancing di kawasan berdekatan tebing yang bereba. Seketika kemudian, joran ditarik kuat... mungkin tiada rezeki... ikan berjaya melepaskan diri. Dari pemerhatian Abe Din, ikan berkenaan berkemungkinan ikan siakap merah.

Siakap merah ialah ikan yang suka melakukan serang hendap di kawasan reba kayu. Jika air pasang atau mula surut, ikan siakap merah suka mencari makanan dari kawasan tengah ke kawasan tepi terutamanya kawasan yang terdapat reba atau struktur perlindungan. Jika terdapat makanan, ia akan meluru dan menarik semula ke tengah sungai. Keadaan ini menyebabkan pemancing yang kurang sedia akan rasa terkejut.
 

Pancingan berikutnya, kerap menunjukkan tanda bahawa joran ditarik oleh ikan bersaiz kecil. Apabila joran diangkat, seekor kerapu minyak terkulai di hujung joran. Sudah rezeki katakan...

Sebaik sahaja proses mengapungkan sangkar di lokasi tamat, Abe Din meninggalkan kumpulan pemancing dari kemaman berkenaan. Semoga ahli-ahli trip berkenaan terbaca post kali ini.
Abe Din