-PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA- "Selamat datang ke http://tangsihantu.blogspot.com/"......."Blog berkaitan dunia tangsi yang menipu"---------"Amalkan etika memancing yang baik, amalkan kaedah tangkap-lepas"

Pelawat DIDAHULUKAN, Rakan DIUTAMAKAN

“Semoga anda mendapat sesuatu yang berguna di sini...........Terima kasih Followers dan Pelawat semua........ SELAMAT MEMANCING..”

Sabtu, 30 April 2011

Tanda Baik

Salam sejahtera dan selamat datang kepada semua pengunjung laman tangsihantu. blogspot.com/

Dalam kesibukan memasang istana idaman, sempat juga Abe Din berjalan-jalan melihat pemancing memancing di tebing sungai Kerteh. Ada beberapa peristiwa yang Abe Din rakamkan di sini untuk dikongsi bersama anda.

Pertama ialah kerenah makhluk di bawah yang lebih dikenali sebagai cicak pasir atau mengkarung (sekali tengok macam tokek... kalau betul memang kaya le jawabnya). Mengkarung berkenaan sedang sibuk menangkap lalat-lalat yang menghurung sisa-sisa umpan yang ditinggalkan pemancing sebelum ini. Apa yang menariknya, si mengkarung ini sedikitpun tidak merasa takut dengan manusia. Si karung menerkam dan mengejar lalat hingga hampir berlaga dengan punggung seorang pemancing.

Apabila dihampiri, ia mengelak sedikit dan kemudian akan datang semula. Seekor lagi rakannya yang lebih besar agak penakut sedikit. Bila dikejutkan... terus lari jauh. Aksi mengkarung ini cukup manarik perhatian Abe Din hinggakan rasa teringin untuk mengabadikan gelagatnya di dalam blog ini.


Berdekatan Si Karung mencari makan kelihatan beberapa pemancing dari Kemaman yang datang mencuba nasib di Sungai Kerteh. Salah seorang dari mereka memancing di kawasan berdekatan tebing yang bereba. Seketika kemudian, joran ditarik kuat... mungkin tiada rezeki... ikan berjaya melepaskan diri. Dari pemerhatian Abe Din, ikan berkenaan berkemungkinan ikan siakap merah.

Siakap merah ialah ikan yang suka melakukan serang hendap di kawasan reba kayu. Jika air pasang atau mula surut, ikan siakap merah suka mencari makanan dari kawasan tengah ke kawasan tepi terutamanya kawasan yang terdapat reba atau struktur perlindungan. Jika terdapat makanan, ia akan meluru dan menarik semula ke tengah sungai. Keadaan ini menyebabkan pemancing yang kurang sedia akan rasa terkejut.
 

Pancingan berikutnya, kerap menunjukkan tanda bahawa joran ditarik oleh ikan bersaiz kecil. Apabila joran diangkat, seekor kerapu minyak terkulai di hujung joran. Sudah rezeki katakan...

Sebaik sahaja proses mengapungkan sangkar di lokasi tamat, Abe Din meninggalkan kumpulan pemancing dari kemaman berkenaan. Semoga ahli-ahli trip berkenaan terbaca post kali ini.
Abe Din
Read more >>

Istana Hinggap 3

Salam sejahtera dan selamat datang kepada semua pengunjung laman tangsihantu. blogspot.com/ Pada kesempatan ini, Abe Din ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelawat yang sudi melawat blog kecil dan tidak seberapa ini.

Pada kali ini, Abe Din masih lagi akan bercerita tentang Istana Hinggap yang dicadangkan pembinaannya di sungai Kerteh. Banyak sungguh rintangan menghalang usaha kami untuk mengapungkan Istana idaman. Jika Abe Din boleh, Mat pula sibuk. Jika Abe Din dan Mat boleh... anak buah pula ada kerja. Midi ok je... dia memang setia dengan sungai Kerteh tu. Kabo je bila... mesti jadi.

Harapan kami tertunda sehingga minggu yang ke-4. Walaupun semua sudah dirancang dengan teliti tetap juga tidak menjadi... mungkin disebabkan belum sampai masa yang sesuai. 

Dengan izin yang Maha berkuasa, dapat juga kami berkumpul untuk memasang dan mengapungkan istana kami buat kali pertama. Janji diatur pada pagi Sabtu bersamaan 30 April 2011.

Projek bermula pada pukul 8.30 am. Berkat kesabaran dan kerjasama semua, istana hinggap selesai diapung dan ditarik ke lokasi yang ditetapkan pada lebih kurang pukul 4.00 pm menggunakan bot fiber 10 kaki milik Abe Din..

Setakat ini kami semua sangat berpuas hati kerana Istana yang diidamkan telah berjaya ditempatkan di lokasinya seperti yang telah kami rancangkan.

Kerja-kerja penambahbaikan seperti pemasangan tiang, bumbung, dinding dan lantai akan disambung semula esok hari bermula pukul 8.30 am. Kami menjangkakan istana berkenaan dapat beroperasi sepenuhnya dalam 4 hingga 5 hari lagi.

Semoga esok akan lebih berjaya..
Abe Din
Read more >>

Jumaat, 1 April 2011

Istana Hinggap 2

Salam untuk pelawat tangsihantu.blogspot.com/
Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog yang tidak seberapa ini. Hari ini, Sabtu, Abe Din dan kekawan sekali lagi berkumpul bagi menyiapkan projek Istana Hinggap kami yang ditangguhkan semalam.

Nampaknya hari ni, aktiviti kami siap lebih awal iaitu kira-kira pukul 12 tgh. Semua kayu-kayu yang dipotong dan ditebuk telah ditanda bagi memudahkan proses memasang kelak. Kayu dibuka dan disusun di halaman rumah Abe Din dan dijangka akan diangkut ke tebing sungai pada hujung minggu hadapan. Itupun jika kami bertiga tidak bertugas.

Kayu yang dipotong dan ditanda siap disusun mengikut kumpulan


Tong dan zink sangkar lama yang akan diangkut sama.


Halaman rumah siap "clear" sebelum dibebel oleh isteri


Antara bahan sangkar yang akan diangkut ke sungai

Jika tiada aral yang melintang, minggu depan sangkar "Istana Hinggap" kami akan mula beroperasi. Hushh... dah tak sabar rasanya. Kalau ada rumah sangkar ni, tak perlu le memancing di tebing. Selalunya kalau lambat datang orang lain ambil tempat. Ada rumah sangkar sendiri... memang best dan memang berbaloi-baloi.

Ada beberapa tujuan pembinaan rumah sangkar ini. 
Pertama untuk memelihara ikan. Cadangannya tiga sangkar akan dibina dengan luas 20 X 20 kaki setiap satu. Anggaran ikan dalam setiap sangkar 1000 ekor siakap putih. Tempoh matang ikan 6 bulan. Harga jual paling komen RM10/kilo.

Kedua. Pusat rehat sementara menunggu ketam masuk bubu dan menunggu ikan mengena pukat. Sementara menunggu hasil, boleh lepak di rumah rakit. Makan-makan atau minum-minum dulu.

Ketiga. Tempat berehat dan menenangkan fikiran kami bertiga melepaskan penat bekerja seharian. Aku dan Mat memang akan jadi penunggu setia di lubuk selepas habis waktu kerja. Midi memang dah 24 jam dia kerja di sungai.

Keempat. Tujuan yang paling penting dan utama. Takde yang paling best lagi dah... ialah bagi memenuhi hobi gila kami iaitu memancing. Bila lagi kami nak rosakkan joran dan serek puaka kami kalau bukan di sini. Emmm... boleh gak ajak kawan-kawan sekerja datang memanaskan joran mereka di sini.

Akhir kata aku dengan merendah diri mengharapkan agar rumah rakit dan sangkar yang kami sama-sama reka ini akan mendapat keredhaan dari-Nya. Semoga rahmatnya datang mencurah-curah untuk kami mencari rezeki halal bagi dibawa pulang. Siapapun yang baca post ini... tolonglah le support kami. Doapun kira OK jugak.

Semoga berjumpa lagi. Kalau dah siap rumah rakit nanti.. Abe Din post dalam blog ini.
Thanks....
Abe Din.
Read more >>

Istana Hinggap

Salam sejahtera untuk semua pengunjung tangsihantu.blogspot.com/
Lama rasanya tidak update laman tangsihantu. Di Terengganu boleh kata hari-hari hujan. Siang dan malam hujan. Nak pergi mancing pun tak berapa sesuai. Air dah mula naik di beberapa daerah di Terengganu. Banjir lagi rupanya.

Pada jumaat 1 Mac 2011, Abe Din dan dua orang rakan, Mat dan Midi telah memulakan langkah awal membina rumah rakit idaman kami. Dijangkakan rumah rakit akan dilayarkan ke lokasi pilihan dalam bulan April ini.

 Midi sedang memilih kayu terbaik


 Rakan Abe Din sedang menggergaji dan menebuk kayu


 Dua rakan kongsi Abe Din yang cukup gigih


 Ini aje juadah yang ada di rumah Abe Din


 Rangka sangkar ikan yang sudah 50% siap

Kami memang positif dengan usaha ini. Perbincangan membina dan melukis pelan telah  dimulakan seawal  Januari 2011. Modal masih tidak mencukupi tetapi rasanya kami boleh usahakan. Apabila sangkar ini berjaya diapungkan, ia abakal menjadi lokasi utama kami memancing di sungai Kerteh. Sungai Kerteh yang menjadi lubuk dan laluan ikan mega tentunya tidak akan mengecewakan apabila "roadblock" sungai kami siap nanti.

Aktiviti kami dimulai pada pukul 9 am dan berhenti rehat sembahyangJumaat pada pukul 12 tgh. Sambung semula pukul 3 petang dan tamat pada pukul 6 petang. Memang letih gila... sakit semua urat saraf. Kami akan sambung semula Sabtu esok... tak sabar rasanya hendak lihat hasil akhir kami...


He... he... sabar... sabar
Abe Din

Read more >>