-PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA- "Selamat datang ke http://tangsihantu.blogspot.com/"......."Blog berkaitan dunia tangsi yang menipu"---------"Amalkan etika memancing yang baik, amalkan kaedah tangkap-lepas"

Pelawat DIDAHULUKAN, Rakan DIUTAMAKAN

“Semoga anda mendapat sesuatu yang berguna di sini...........Terima kasih Followers dan Pelawat semua........ SELAMAT MEMANCING..”

Isnin, 14 Februari 2011

Bot Fiber 12 kaki

Gambar bot selepas dibasuh serba sedikit.

Sila besarkan, double-clik pada imej untuk melihat permukaan bot dengan lebih dekat.



Read more >>

Ahad, 6 Februari 2011

Galah Sungai Kerteh

Pada 3 Februari 2011, Abe Din sempat mengikut seorang kawan menduga lubuk udang di sungai Kerteh. Bertolak seawal pukul 9 pagi, mengambil masa hampir 1 jam dari Kuala Kerteh. Maklumlah kuasa enjin bot kecil.

Sepanjang perjalanan dengan bot, kelihatan ramai pemancing sedang asyik menunggu ikan menarik umpan. Di celah-celah pokok bakau, ada sahaja kaki pancing yang setia menunggu joran masing-masing. Ada juga yang membawa keluarga dan datang secara berkumpulan.


Jambatan Kerteh yang menghubungkan laluan
antara Kuantan dan Kuala Terengganu


Bila melihat akar bakau di atas,
serta merta fikiran terbayangkan ikan siakap merah.

Lokasi mengail udang galah


Ibu udang galah pertama. Sepanjang trip, sebanyak 23 ekor udang galah berjaya dipancing. Hanya 4 ekor udang galah bersaiz besar berjaya dipancing, selebihnya hanya sebesar ibu jari sahaja.

Ikan ubi yang disangka udang besar


Ikan berbisa bernama depu

Sekali tengok nampak macam ikan kerapu, kadang-kadang macam ikan ubi. Ikan ini dikenali sebagai depu dan sangat berbisa jika disentuh. Setakat ini belum pernah kena tetapi orang kata memang sakit giler kalau kena.


Jambatan keretapi Kerteh

Jambatan utama Kerteh di waktu petang

Trip kali nampaknya kurang berjaya. Ramai juga pemancing lain yang mengeluh. Mungkin air sungai terlalu sejuk. Dalam masa terdekat, satu trip lagi akan diadakan. Harap kali ini rezeki lebih baik-Abe Din
Read more >>

Taman Kelip-kelip

Pada musim tengkujuh baru-baru ini, Abe Din dan seorang rakan sempat melawat sebuah lokasi pancingan udang galah di Kampung Yah Yah, Ibok, Kemaman. Kampung ini bukan sahaja terkenal sebagai lokasi pancingan udang tetapi sebagai tempat untuk melihat kelip-kelip di waktu malam hari. Banyak bot-bot disediakan bagi tujuan membawa pelawat memerhati kelip-kelip.

Memandang musim tengkujuh, banyak bot-bot tidak menjalankan operasi kerana air yang kerus dan laju. Banayak bot-bot diletakkan di tempat tinggi bagi mengelak dihanyutkan air banjir.


Sebelum ini, Abe Din pernah memancing udang di sini menggunakan bot. Hasil boleh tahan jugak. Cuma udang di sini isinya agak lembut sedikit tetapi perlawanannya tetap ganas.

Tujuan utama Abe Din datang ke Yah-yah adalah untuk melihat sebuah bot yang hendak dijual. Kawan Abe Din bercadang untuk membeli bot berkenaan untuk digunakan bagi memancing udang di sungai Kerteh. Cadangnya selepas Tahun Baru Cina, proses memindah akan dijalankan.
Read more >>

Umpan Bulu

Sesekai jika terasa bosan, seronok juga kalau ke laut. Keluar pagi dari jeti Kerteh dan sampai ke lokasi unjam lebih kurang 45 minit. Pancingan kali ini menggunakan mata pancing tanpa umpan. Di sini ia lebih dikenali sebagai bulu. Mata kail diikat dengan bersama sedikit benang berwarna biru sebanyak 15 hinga 30 bentuk.

Batu ladung diikat pada bahagian paling bawah. Sebaik diturunkan ke laut, ikan akan mula memakan umpan bulu. Kita akan rasa sedikit gegaran pada tangan. semakin berat tarikan, semakin banyaklah ikan yang mengena.

Antara spesies ikan yang boleh dijerat menggunakan kaedah ini ialah kembong, tamban, anak cencaru dan selar. Kaedah ini sangat praktikal ketika keadaan laut yang berarus.

Jika menggunakan umpan,
boleh dapat ikan yang lebih baik.


Setiba di jeti, ikan akan disisih mengikut jenis dan saiz untuk dijual. Kalau di pasar, sekilo ikan kembung besar berharga antara RM10 hingga RM12 sekilo. Berada di laut, untuk memenuhkan tong gabus putih, masa yang diambil tidaklah begitu lama.
Read more >>

Port kenangan

Sungai kecil di belakang sebuah bandar baru, tempat aku belajar mengenal ikan siakap merah, siakap putih, kerapu, sembilang, ketam, udang harimau, memerang, ular, tebuan, babi hutan, kerbau dan pelbagai keranah manusia.

Bukan sedikit hasil yang dituai dari sungai ini, jasanya cukup besar. Nampak macam lesu, tetapi ikan memang ganas-ganas.

Rumah rakit yang menjadi kenangan, terpaksa dirobohkan atas sebab-sebab peribadi. Cadangnya hendak berpindah ke tempat baru yang lebih luas, ikan yang lebih ganas, lebih banyak dan lebih besar.

Ketam memang popular di sungai ini. Belajar menahan binto ketam, mengikat dan belajar makan ketam. Memang best giler..

Sejak akhir-akhir ini, tilapia mula merajai kawasan sungai ini. Berkawan bersama-sama siakap merah dna ikan-ikan laut yang lain. Apabila air surut, tilapia akan mula keluar dan memasuki sungai utama. Ada orang kata tilapia di sini tidak hanyir. Setakat ini rasa tak sampai hati lagi nak telan. Sesuatu yang best, tilapia ni kuat melawan. Dah kalau besar sekor-sekor hampir sekilo. Memang ganas. Umpan cacing dengan siput je. Disebabkan kawasan ini berdekatan dengan laut, tilapia tidak begitu popular. Kalau ada yang makan, orang luar je. Mudah, buat umpan bubu ketam je... he..he..

Kadang-kadang ada juga kawan-kawan sudi singgah memancing di kawasan sangkar. Walaupun ikan yang ditangkap tak berapa glamour, best le jugak. Sekarang semua sudah tinggal kenangan. Semoga tempat baru menjanjikan kenangan yang lebih manis.
Abe Din.
Read more >>