-PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA- "Selamat datang ke http://tangsihantu.blogspot.com/"......."Blog berkaitan dunia tangsi yang menipu"---------"Amalkan etika memancing yang baik, amalkan kaedah tangkap-lepas"

Pelawat DIDAHULUKAN, Rakan DIUTAMAKAN

“Semoga anda mendapat sesuatu yang berguna di sini...........Terima kasih Followers dan Pelawat semua........ SELAMAT MEMANCING..”

Kenali Abe Din

Abe Din dilahirkan di Kampung Kubu Gajah, Selama, Perak. Meminati hobi memancing sejak kecil dan mendapat asuhan pertama dari arwah nenak. Paling suka menangkap ikan pelaga siam (ikan sekilai) di celah-celah pokok rumbia.

Hobi dipupuk subur oleh ayah yang kerap membawa Abe Din memancing haruan dan keli di paya-paya. Ikan yang ditangkap akan dikurung dan dijual keesokannya.

Apabila meningkat dewasa, Abe Din telah berpindah ke Gemas, Negeri Sembilan. Abe Din sudah mula pandai memancing bersama-rakan rakan. Kadang-kadang menjala ikan di jeram batu. Semasa di Negeri sembilan juga Abe Din sudah mula berjinak-jinak dengan laut. Lokasi yang kerap dikunjugi Abe Din termasuklah Kuala Lukut, Negeri Sembilan dan Parit Jawa, Muar, Johor.

Setelah hampir 8 tahun menetap di Negeri Sembilan, Abe Din menyambung pengajian di Sarawak selama 3 tahun. Banyak juga kawasan memancing yang Abe Din lawati dari Kuching, Miri, Terusan, Lawas dan Perairan Brunei.

Tamat belajar, Abe Din ditempatkan bertugas di Kerteh, Kemaman. Rumah sebelah laut, Boleh kata kerap pergi ke laut memancing ikan. Di Kemaman, Abe Din mula mengutip pengalaman, mengenali lebih banyak spesies ikan, sotong, udang dan ketam. Abe Din banyak mengutip pengalaman memancing daripada rakan-rakan dan nelayan tua di sini.

Hingga kini Abe Din telah menetap di Kemaman lebih kurang  14 tahun. Rasanya Abe Din akan terus menetap di sini. Pelat utara dan Negeri Sembilan Abe Din pun sudah semakin hilang diganti loghat Terengganu. Kekadang bila rindu, rasa juga nak balik utara tengok kampung.

Sepanjang berkecimpung di dalam dunia memancing banyak perkara yang tidak dapat dilupakan termasuklah beberapa kali di pukul ribut di tengah laut. Sebaik tiba di darat, hampir taubat tak mahu turun lagi ke laut. Walau bagaimanapun, azam tersebut hanya bertahan seminggu dan hobi yang sama diteruskan semula.

Blog pancingan ikan http://tangsihantu.blogspot.com/ adalah merupakan blog pancingan kedua Abe Din selepas blog sotonglaut. Abe Din ingin mengabadikan catatan dan pengalaman memancing agar dapat dikongsi bersama dengan generasi yang baru. Blog ini banyak berkisar mengenai aktiviti pancingan dan juga teknik-teknik mencari rezeki halal menggunakan kaedah selain pancing.

Sesungguhkannya penerbitan blog tangsihantu ini bukan bertujuan untuk menyaingi sesiapa. Ia hanya sekadar catatan ikhlas untuk tatapan mereka yang memerlukan. Abe Din sangat berharap blog ini sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan bagi menaikkan lagi imej industri memancing di Malaysia.

Akhir kata, selamat maju jaya untuk semua. Sesuatu yang baik itu datang dariNya. Semoga kita semua akan dipertemukan pada suatu masa nanti.

Ikhlas,
Dari Abe Din
colourless_orchid@yahoo.com