-PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA- "Selamat datang ke http://tangsihantu.blogspot.com/"......."Blog berkaitan dunia tangsi yang menipu"---------"Amalkan etika memancing yang baik, amalkan kaedah tangkap-lepas"

Pelawat DIDAHULUKAN, Rakan DIUTAMAKAN

“Semoga anda mendapat sesuatu yang berguna di sini...........Terima kasih Followers dan Pelawat semua........ SELAMAT MEMANCING..”
Memaparkan catatan dengan label Siakap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Siakap. Papar semua catatan

Ahad, 6 September 2015

Memikat MJ Kijal

Salam kunjungan untuk semua. Baru-baru ini ambe sempat ikut trip gewang ikan menggunakan udang soft palstic. Tak pernah cuba sebelum ini... memang ada jodoh dengan umpan ni. Beberapa kali balingan je dah rasa sambaran. Empat kali sambaran dan dua daripadanya telah berjaya menipu mangrove jack atau siakap merah.

Tarikan memang ganas dan mendebarkan. Apalagi apabila ambe menggunakan set aksi ringan. Mujur tak lepas kerana ikan sempat menyelinap di bawah struktur batu. Tunggu seminit dua...ikan keluar dan berjaya juga mendapatkan MJ. Rasanya dah hampir setahun lebih tak sentuh MJ ni. Bukan susah dapat... cuma takde masa nak memburu-Abe Din


Soft plastic udang memang berkesan





Read more >>

Khamis, 9 Jun 2011

Simpang 3

Memancing Ikan Di Sungai Kerteh
Lokasi memancing di Sungai Kerteh. Lebih kurang 1 Km dari Muara Sungai Kerteh. Kami lebih mengenali lokasi ini sebagai "kawasan pasir". Bagi mereka yang biasa memancing di sini tentunya tahu port rahsia ini yang berdekatan dengan simpang 3 iaitu pertemuan antara Sungai Chabang, Sungai Kerteh dan Sungai Ranggon.

Post kali ini memuatkan dua gambar kiriman Cikgu Amir dan Kerteh. Ikan berjaya dipancing pada masa berlainan. Ikan Siakap putih dan Pari minyak. Maklumat berkaitan pancingan adalah seperti berikut:

 
Spesies : Siakap Putih
Jenis pancingan : Casting
Umpan : Udang dan manik merah
Perambut : Hantu 40lbs
Tali utama : Tali sulam 40lbs Ajiking soft
Kekili : Ajiking 4000 series, ratio 4.8.1
Rod : Expert supaer casting series 6 kaki



Spesies : Pari minyak
Jenis pancingan : Pancingan dasar
Umpan : Udang pasar
Perambut : Hantu 50lbs
Tali utama : Tali sulam 40lbs Tomman
Kekili : Abu Garcia 4000 series
Rod : Abu Garcia 9 kaki

Sehingga berjumpa lagi. Selamat memancing.
Abe Din
Read more >>