-PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA- "Selamat datang ke http://tangsihantu.blogspot.com/"......."Blog berkaitan dunia tangsi yang menipu"---------"Amalkan etika memancing yang baik, amalkan kaedah tangkap-lepas"

Pelawat DIDAHULUKAN, Rakan DIUTAMAKAN

“Semoga anda mendapat sesuatu yang berguna di sini...........Terima kasih Followers dan Pelawat semua........ SELAMAT MEMANCING..”

Ahad, 6 September 2015

Memikat MJ Kijal

Salam kunjungan untuk semua. Baru-baru ini ambe sempat ikut trip gewang ikan menggunakan udang soft palstic. Tak pernah cuba sebelum ini... memang ada jodoh dengan umpan ni. Beberapa kali balingan je dah rasa sambaran. Empat kali sambaran dan dua daripadanya telah berjaya menipu mangrove jack atau siakap merah.

Tarikan memang ganas dan mendebarkan. Apalagi apabila ambe menggunakan set aksi ringan. Mujur tak lepas kerana ikan sempat menyelinap di bawah struktur batu. Tunggu seminit dua...ikan keluar dan berjaya juga mendapatkan MJ. Rasanya dah hampir setahun lebih tak sentuh MJ ni. Bukan susah dapat... cuma takde masa nak memburu-Abe Din


Soft plastic udang memang berkesan





Read more >>

Panorama Sungai Kemaman

Salam kunjungan untuk semua. Baru-baru ini sempat ambe meninjau keindahan di sepanjang Sungai Kemaman. Kebetulan hari itu... baru pulang dari mencandat sotong. Sempat snap beberapa keping gambar untuk ambe share kat sini-Abe Din

Tekong Bot Di Kemaman


Panorama 1


Panorama 2


Panorama 3

Read more >>

Selasa, 1 September 2015

Gewang Pusaka

Salam kunjungan untuk semua pelawat. Nak tunjuk sikit koleksi gewang ikan dan sotong yang kita ada. Hmmm... rasanya baru beberapa ekor je yang boleh menjadi killer. Gewang lain hanya sekadar untuk menghias kotak pancing je-Abe Din





Read more >>

Rabu, 5 Ogos 2015

Sangkar Usang

Salam kunjungan untuk semua. Kali ni nak update sikit blog yang dah nak buruk ni. Nak share sikit tentang sangkar ambe yang sedang dalam pembinaan suatu ketika dahulu. Semasa post ini ditulis... sangkar ini dah tak wujud lagi. Musnah ditelan banjir besar baru-baru ini. Entah bila nak buat lagi macam ni-Abe Din

Membaiki apa yang patut


Proses memasang bumbung


Sangkar yang hampir roboh dipukul ribut

Read more >>

Isnin, 21 November 2011

Lepas Gian

Salam untuk semua.
Kali ini sempat juga pergi mancing dengan beberapa member. Nak naik bot, rosak. Mancing dari tepi sungai je. Puas tunggu... paling banyak dapat sesirat. Lepas sekor, sekor naik. Haiwan ni memang tak best. Kalau dia makan pancing alamat ikat mata kail baru le jawabnya. Orang kata telan sampai perut. Dah le tu, dia gumpal tali jadi kerinting. Rosak terus tali.. emm..

Musuh ketat.. boleh makan ke spesies ni. 
Takut aku nak test


Antara ikan yang kami dapat pancing. 
Jangan caya sangat gambar ni. 
Aku zoom. Saiz dia  tiga jari je. 
Eksyen je lebih.




Cuba korang tengok spesies kat atas tu. Ada dua tangan macam sepit ketam. Hujung ekor dia macam kala jengking.... tapi dah tercabut. Jumpa dalam lubang kat tepi sungai. Gang aku jumpa masa air surut. Nak wat umpan takut. Nak pegang lagi le takut kena sengat.... asyik angkat ekor je... sebijik macam kala jengking. Takut oo.. Lastly.. kitorang biar je haiwan ni melepaskan diri. Korang tau ke nama benda ni?

Abe Din
Read more >>

Badai Tengkujuh

Salam untuk semua pengunjung dan pelawat.
Beberapa hari lepas sempat sarapan pagi di Kuala Kerteh. Air sungai sedang surut. Laut mula bergelora. Masa sebegini selalunya diambil kesempatan oleh nelayan tempatan untuk melabuh bot di tepi sungai bagi tujuan membaiki kerosakan-kerosakan kecil. Apabila ombak dah teduh, mereka akan beramai-ramai menuju ke laut.

Bot Nelayan untuk Dibaiki

Sungai Kerteh yang Mengalir Lesu.

Niat hati nak memancing... tengok air tak berapa menarik, kena tunda le jawabnya. Orang pantai kata, udang galah sedang galak di hulu. Teringin nak pergi... enjin bot pula rosak. Emm.. nasib badan.
Read more >>

Jumaat, 29 Julai 2011

Pancing Kolam

Salam semua pelawat dan followers yang disayangi... Fuhhh.. jiwang le pulak. Hari ni nak cerita lagi tentang pancing kolam. Kolam yang dimaksudkan terletak di Bukit Mentok, Chukai, Kemaman. Memancing sejam kena bayar RM10... kalau dua jam RM30. Kalau 3 jam... darab sendiri le..

Pelik le.. bila pula aku suka mancing kat kolam ni. Pernah juga dulu ajak seorang kawan. Dia tak mboh... kata nya mancing kolam tak best.. buat apa tangkap ikan yang dah kena tangkap... betul juga... dah tu kenapa aku gi jugak mancing kat kolam. Sapa le manusia yang racun aku nih..

Hok angkat ikan tu sekor pun tak dapat.. eksyen je..
Abe Din punya 2 ekor... yang lain kepunyaan orang belakang


Teknik bottom je.. sekor pun tak dapat.
Hampehh.. wat habis duit je..

Haaaa.. hok ni.. aku punya. 
Sapa amik memang nak kena sepak


Aksi mereka yang belum dapat ikan


Lagi aksi mereka yang tak dapat ikan
Frust Oooo... aku rasa dah sekali..

Ikan kat sini memang ngada... aku beli udang sampai RM10.. sikit pun dia tak sentuh. Last-last ikan selayang yang aku jumpa atas tanah yang dia makan. Jumpa kepala selayang bulih sekor lagi siakap. Dua kali lepas... ni yang aku frust kalau cerita lepas-lepas... ada seorang manusia tu dia lintang tali atas tali pancing aku.. masa aku kena ikan besar... tali berpintal... ikan lepas. Aku tengok manusia tu.. macam nak buat umpan je...

Walau gane pun kira Ok le jugak... baru second time datang sini ... nyaris jadi juara. Takbur le tu..memang pun. Ok... aku nak tidur.. esok tak keja... tapi nak tido gak... ngantuk tau tak?.. Bye.
Abe Din.
Read more >>