-PAPARAN TERBAIK DENGAN MOZILLA- "Selamat datang ke http://tangsihantu.blogspot.com/"......."Blog berkaitan dunia tangsi yang menipu"---------"Amalkan etika memancing yang baik, amalkan kaedah tangkap-lepas"

Pelawat DIDAHULUKAN, Rakan DIUTAMAKAN

“Semoga anda mendapat sesuatu yang berguna di sini...........Terima kasih Followers dan Pelawat semua........ SELAMAT MEMANCING..”

Isnin, 28 September 2015

Trip1-2015

Salam kunjungan kepada semua yang sudi datang ke blog tangsihatu. Post kali ini ambe nak kongsi sedikit tangkapan yang diperolehi di sepanjang trip pulau yang diadakan pada awak oktober 2015. 

Walaupun trip singkat... tetapi hasil yang diperolehi boleh dikatakan agak lumayan dengan tangkapan beberapa spesies ikan gred A. Umpan utama yang digunkan hanyalah hirisan sotong segar. 

Beberapa henjutan mengejut gagal menjeratkan ikan disebabkan mata yang digunakan tumpul. Risiko memancing di kawasan pulau adalah tersangkut pada batu karang. Sangkutan yang kerap menyebabkan mata kail cepat menjadi tumpul. Cara mengatasinya adalah dengan kerap menukar mata kail atau menggunakan teknik pelampung.


Gt, Kerapu, Sagai, Tambak adalah 
speseis yang mudah dijerat di sini


Kerapu saiz lauk


Tetanda, kerapu dan tambak


Tambak dan parang

Ikan parang nelayan di sini bagi bukan hasil pancingan


GT dan sagai


Yu, Gt dan tambak


GT

Sagai


Yu minyak


Wajah seekor tambak


 Wajah GT dari dekat